Cikgu Ali Dakwa ‘Ada Yang Tak Kena’ Dengan Kekalahan BN Di Sungai Udang

 

MELAKA: Kemenangan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Aleef di kerusi Sungai Rambai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, minggu lalu dikhuatiri dipengaruhi oleh sentimen tertentu.

Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka turut merasakan terkejut apabila menang satu daripada 18 saluran mengundi.

Sehubungan itu, Mohamad Ali yang mesra disapa Cikgu Ali tidak menolak sesuatu yang ganjil terjadi di DUN berkenaan sehingga kemenangan menyebelahi PN.

“Memang jelas keputusan tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya tidak persoal isu kalah atau menang kerana itu adat pertandingan tetapi apa yang berlaku ini agak ‘luar biasa’,” katanya kepada media hari ini.

Pada Sabtu lalu, Mohd. Aleef menang dengan mendapat sebanyak 6,789 undi menewaskan Mohamad Ali yang memperolehi 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH – 2,035 undi) dan Mohd. Zahar Hashim (Bebas – 471 undi).

Cikgu Ali memaklumkan pihaknya sedang mengkaji perkara tersebut dan akan melihat sama ada terdapat kemungkinan berlaku gerak kerja luar jangka oleh pihak-pihak tertentu.

Bagaimanapun beliau kekalahan itu tidak mematahkan semangat, sebaliknya menjadikannya lebih komited dalam menjaga kebajikan DUN Sungai Udang selepas ini.

“Fokus saya kini adalah meneruskan manifesto yang saya janjikan selain mempersiapkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi khususnya merampas kembali Parlimen Tangga Batu yang kita tewas kepada calon Pakatan Harapan PH pada PRU-14,” ujarnya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini