Christina Nafi Tinggalkan PKR Untuk Sertai Warisan

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew Chin Jin menolak khabar angin bahawa dirinya akan menyertai Warisan yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai usaha memenangkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akan datang.

“(Khabar angin ini) tak betul. Hanya satu yang betul, iaitu saya tetap kerjasama dengan Ketua Menteri dan Warisan seperti dahulu,” ujarnya.

Christina berkata partinya akan terus bekerjasama dengan Warisan dan mempertahankan kemenangan kerajaan Sabah yang dipimpin Shafie sejak 2018.

Sementara itu, Christina memaklumkan PKR Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama DAP Sabah berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya.

Ujarnya lagi, beliau telah pun menghubungi DAP sertai parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) untuk mengadakan mesyuarat bersama selepas perayaan Aidiladha.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,803FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini