China Luluskan Sebulat Suara Undang-Undang Keselamatan Negara Di Hong Kong

Parlimen Negara China hari ini meluluskan undang-undang keselamatan negara untuk Hong Kong yang berada di bawah jajahannya.

Stesen televisyen di China melaporkan tindakan itu adalah satu perubahan paling tegas ke atas wilayah bekas jajahan British itu sejak ia dikembalikan kepada China pada 1997.

Undang-undang itu diluluskan secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Nasional China.

Beijing memperkenalkan undang-undang tersebut sebagai tindak balas terhadap tunjuk perasaan pro-demokrasi yang sering berlaku tahun lalu.

BACA JUGA – KKM Periksa Sistem Pendawaian Hospital Di Seluruh Negara

Undang-undang itu dikatakan akan menangani penindasan, keganasan, pemisahan dan kerjasama dengan kuasa asing.

Perundangan itu akan mula dikuatkuasakan sebaik sahaja diwartakan di Hong Kong, namun masih belum diterbitkan.

Kelulusan Undang-undang itu dijangka akan membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat (AS) yang memberikan hak perdagangan istimewa kepada Hong Kong.

AS sebelum ini memberi amaran sekiranya undang-undang itu dikuatkuasakan, Hong Kong akan hilang keistimewaan perdagangan dengannya.

Ini kerana keistimewaan yang diberikan itu akan memberi kelebihan kepada China.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini