KUALA LUMPUR: “Perjanjian dengan Perikatan (Nasional), dah lama dah tu bukan cerita baharu.”
Demikiam reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila diajukan mengenai perjanjian antara pihaknya dengan Perikatan Nasional (PN).
Tambah beliau, soal perjanjian itu adalah satu cerita yang tidak perlu diungkit semula.
Bebeeapa hari lalu, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, mendedahkan maklumat yang didakwanya mengandungi perkara disunting daripada surat itu menerusi sebuah video di Facebook.
Lokman mendakwa, surat itu menyatakan bahawa Ismail Sabri bersetuju mengekalkan Tan Sri Idrus Harun sebagai peguam negara yang sebelum ini dilantik ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui kerajaan persekutuan.
Malah Lokman turut mendakwa kononnya Ismail Sabri akan mengekalkan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC dari Bersatu dan PAS.