CEO Temasik Kata Lemon, Limau Dan Cuka Boleh Bunuh Covid-19

 

Pelbagai pihak di seluruh dunia sehingga kini mencari pelbagai penyelesaian untuk menghentikan penularan Covid-19 yang membunuh beratus ribu orang.

Kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif Temasek, Ho Ching memberitahu bahawa bahan-bahan mudah di dapur, iaitu lemon, limau dan cuka berkesan dalam membunuh virus berbahaya itu.

Ho yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Singapura turut menyarankan penggunaan bahan disinfeksi yang mempunyai kandungan sebanyak 70% untuk rutin pembersihan.

“Walaupun kita dinasihatkan untuk menggosok tangan menggunakan bahan yang mempunyai 60% hingga 80% kandungan alkohol, namun bahan-bahan semulajadi (lemon, limau dan cuka) sangat efektif untuk menghapuskan virus dan kuman,” katanya melalui muat naik di Facebook.

Ho juga berkata Coronavirus salah satu patogen yang mudah dimusnahkan kerana satu-satunya sumber pertahanannya adalah membran luaran yang menyelaputinya.

“Jika kita rosakkan selaputnya, maka virus itu tidak dapat lagi menjangkiti.”

Beliau turut menyebut satu kajian terhadap SARS dan beberapa jenis virus Corona yang lain yang berkesan dihapuskan dengan menggunakan pencuci mulut.

“Jika benar ini tidak menghairankan bahawa bahan disinfeksi ringan boleh bertindak efektif.

“Begitu juga dengan bahan semulajadi yang mempunyai kandungan asid sitrus sebanyak tujuh hingga lapan peratus pada jus lemon dan jus limau dapat melawan virus. Begitu juga dengan cuka.

“Sekarang kita tahun bahawa virus Covid-19 adalah sangat rapuh terutama pada membran luarannya menjadikan ia mudah dimusnahkan,” katanya.

Ho Ching Percaya Lemon, Limau dan Cuka Boleh Menghapus Coronavirus Kerana Bersifat Rapuh

BBerkaitan

Latest articles