CDERT-APM Team Amal Kazuko santuni lebih 200 komuniti orang Asli di Pos Lenjang

KUALA LUMPUR – Pasukan Tindakan Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (CDERT-APM) Team Amal Kazuko di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan menganjurkan Program Pos Lenjang 3.0 selama tiga hari bermula 9 Mei lalu, bagi menyantuni dan melaksanakan program-program bersifat tanggungjawab sosial korporat untuk penambahbaikan kualiti hidup lebih 200 penduduk orang Asli di Kuala Lipis, Pahang.

Penyelaras program, PPj. Kehormat (PA) Datuk Seri Noorha Wisma Hisham Abdul Wahab berkata seramai 60 anggota terlibat membantu mengagihkan barangan keperluan dapur seperti beras, tepung, gula, biskut dan roti, dalam kunjungan kali ketiga di perkampungan orang Asli berkenaan.

“Selain itu, kami turut memberikan sumbangan zakat RM50 bagi setiap keluarga dan setiap kanak-kanak mendapat RM5.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup mereka malah menerapkan elemen anjakan mengutamakan kebajikan rakyat yang diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani.

“Terima kasih kepada Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS Kol. (PA) Effendy Haji Ali selaku penaung program yang komited menyokong hasrat murni menyantuni masyarakat orang Asli di sini,” katanya.

Antara pengisian sepanjang tiga hari tersebut adalah ziarah mahabbah, gotong-royong membersihkan kawasan surau, gotong-royong memasak, pengenalan kepada kesenian Islam dan motivasi umum khusus kepada masyarakat orang Asli yang dikendalikan Kapten Ustaz Syazwan Jaafar.

Hadir sama, YAS TPj. Bersekutu (PA) Datuk Ismail Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli Sardi (Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan APM), YS Kol. (PA) Mohd Adzhar Mujab, Pengarah APM Negeri Kelantan, Kolonel Bersekutu (PA) YM Raja Shamri Raja Husin dari Yayasan Raja Shamri dan Lt. Kol (PA) Bersekutu Dato’ Wan Azhar Yusof, Bendahari Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).

BBerkaitan

Latest articles