Cari Adlan Bukan Kerana PRN – Azam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya cuba menghubungi Datuk Seri Adlan Berhan sejak beberapa bulan lepas namun tidak berjaya.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki turut menafikan dakwaan bahawa tindakan agensi itu untuk memburu menantu bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi membantu siasatan berhubung sebuah projek kerajaan, mempunyai kaitan dengan PRN.

“Kita hubungi dia sejak Jun, sekarang sudah Ogos. Tiap kali pegawai saya telefon dia beri alasan (akan balik tetapi tak laksanakan).

“Jika kamu penyiasatnya, berapa lama kamu boleh tunggu? Tiada kaitan dengan pilihan raya,” lapor Malaysiakini.

Terdahulu Peguam Adlan, Baljit Singh Sidhu mendakwa tindakan SPRM anak guamnya dipercayai wujud terdapat unsur politik dalam keseluruhan proses itu.

Baljit juga berkata, Adlan tidak pernah ditangkap mahupun dipanggil oleh SPRM untuk membantu dalam sebarang siasatan sebelum dia ke luar negara.

SPRM sebelum ini berkata, Adlan dan peguam, Mansoor Saat, ke luar negara pada Mei.

SPRM sedang menjejaki kedua-dua individu tersebut bagi membantu siasatan berhubung projek melibatkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Azam memberitahu Adlan agar tidak lagi memberikan alasan dan “balik saja” selepas Adlan berkata dia akan pulang ke Malaysia sebaik sahaja tiada lagi “unsur ancaman dan pendakwaan” terhadapnya.

Azam turut mengingatkan Baljit bahawa beliau mempunyai tanggungjawab sebagai ahli profesional perundangan untuk membantu SPRM dalam siasatannya.

BBerkaitan

Latest articles