Calon PM: Shafie Mahu Diberi Masa Sebelum Buat Keputusan

Setelah cadangan namanya dikecam oleh pelbagai pihak, terutama PKR, hari ini Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tampil dengan reaksi pertamanya dengan berkata mahu diberikan masa untuk mempertimbangkannya.

Jangan Terperangkap Permainan Politik Tokoh-Tokoh, Tegas PKR

Ketua Menteri Sabah itu memberitahu akan memaklumkan hasil pertimbangannya dengan melihat pelbagai aspek termasuk mengadakan perbincangan dengan pimpinan Warisan.

“Saya sangat bersyukur kerana cadangan itu datang daripada Dr Mahathir Mohamad. Itu satu cadangan dan saya perlu menelitinya secara mendalam termasuk mengadakan perbincangan bersama Timbalan Presiden Warisan (Darell Leiking) dan Ketua Penerangan Warisan (Dr Yusof Yacob).

“Ini satu cabaran besar untuk saya. Saya melihat ini secara serius. Beri saya sedikit masa (untuk membuat keputusan) dan (ia) tidak mengambil masa lama,” katanya seperti dilapor Bernama, hari ini.

Pencalonan Shafie diumumkan bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas didakwanya mendapat persetujuan daripada DAP dan Amanah.

Dr Mahathir mencadangkan nama Presiden Warisan itu selepas tidak bersetuju dengan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR sendiri menolak pencalonan dirinya.

Selain menamakan Shafie, Dr Mahathir turut menamakan Anwar dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan perdana menteri.

BBerkaitan

Latest articles