Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin dirinya merupakan penyelesaian kepada huru-hara di dalam blok pembangkang berkenaan calon perdana menteri.
PH Putus Calon PM Minggu Hadapan
Calon PM: Shafie Mahu Diberi Masa Sebelum Buat Keputusan
Begitu pun, beliau mengakui Pakatan Harapan (PH) sheingga kini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung pencalonannya.
“Apabila saya dicadangkan sebagai calon perdana menteri, ia adalah untuk menyelesaikan kebuntuan politik semasa.
“Bagaimanapun, mengikut kenyataan terkini daripda PH, ia jelas menunjukkan mereka tidak dapat membuat keputusan muktamad.
“Saya percaya saya merupakan penyelesaian kepada kebuntuan semasa tetapi (kemudian) kita dapat lihat ketidaktentuan. Sekarang kita tidak ada keputusan, itu memang jelas,” kata Shafie di Dewan Masyarakat Keningau, Sabah hari ini.
Nama Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah dicadangkan oleh bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menolak pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahathir mahu gabungan Anwar bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan perdana menteri I dan II.
Mahathir enggan bersetuju Anwar diangkat sebagai perdana menteri dengan alasan Presiden PKR itu mempunyai ramai musuh, sekaligus menyukarkan mendapatkan sokongan majoriti – sepertimana yang dinyatakan beliau menerusi sebuah temubual bersama sebuah surat khabar berbahasa China.
Sementara itu, Shafie berkata tiada apa-apa yang terdesak untuk mencalonkan seseorang daripada Malaysia Timur sementelah Sabah turut menjadi sebahagian daripada negara ini sejak 1963.
Dalam wawancara yang sama, Shafie memberitahu gabungan pembangkang itu akan mengadakan pertemuan untuk membincangkan perihal calon PM ketika sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 13 Julai ini.