Cadangan Teruskan eBelia Akan Dibincangkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan inisiatif eBelia Rahmah awal tahun depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertimbangan itu nanti akan mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya bagi jaminan sedaya upaya kita untuk mengurangkan beban rakyat terutama mahasiswa, kita akan cuba bantu sebanyak mungkin.

“Tetapi kita tangguh sehingga awal tahun untuk kita kaji semula sumber pendapatan, kalau hasil bertambah insya-Allah kita boleh belanja dengan baik,” katanya dalam sesi dialog sempena majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdana Menteri menambah, isu-isu lain melibatkan golongan muda khususnya mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti liputan wifi, menu Rahmah dan kediaman pelajar sentiasa diberi perhatian oleh menteri-menteri terbabit.

BBerkaitan

Latest articles