More

    Cadang Tukar Speaker, Sidang DUN Melaka Ditangguh

    Suasana kecoh berlaku ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini selepas usul cadangan pertukaran Speaker dibangkitkan oleh anggota kerajaan.

    Kejadian yang berlaku jam 9.30 pagi tadi menyebabkan sidang DUN ditangguhkan kepada tarikh baru.

    Keadaan itu tercetus apabila Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) mendakwa Speaker DUN, Datuk Wira Omar Jaafar, tidak lagi layak menduduki kerusi terbabit kerana tiada mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.

    Keadaan itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang bangun tidak bersetuju dengan kenyataan Idris, malah ada dalam kalangan mereka meminta bekas Ketua Menteri Melaka berkenaan dihalau keluar kerana menghina Dewan. 

    Keadaan semakin gamat apabila Omar memaklumkan bahawa usul anggota kerajaan untuk menukar Pengerusi persidangan, ditolak oleh Speaker.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini