Home BERITA C4 Bukan NGO, Berselindung Atas Nama Syarikat

C4 Bukan NGO, Berselindung Atas Nama Syarikat

Satu organisasi yang selama ini bersuara atas nama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dengan nama Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) sebenarnya ada sebuah organisasi yang berdaftar sebagai syarikat dan bukan seperti yang diketahui sebelum ini.

Tular di media sosial pada waktu sekarang ini ialah beberapa keping gambar surat jawapan dari pihak C4 kepada tuntutan ganti rugi RM30 juta yang dikemukakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba selepas C4 mengaitkan beliau dengan sebuah syarikat yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gambar tertera nama syarikat C4 Consultancies Sdn Bhd tetapi selama ini mereka menyatakan bahawa mereka adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Nama syarikat di mana C4 menjalankan operasinya ialah C Four Consultancies Sdn Bhd.

Dalam surat Dr Adham, beliau menuntut C4 dalam masa tujuh hari untuk membayar RM30 juta dan membuat permohonan maaf secara terbuka dan jika gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan mula difailkan ke atas C4 yang diketuai oleh Cynthia Gabriel yang kerap membuat kenyataan bagi pihak organisasi itu.

Difahamkan dalam surat jawapan mereka, C4 enggan mengikuti syarat yang dikemukakan oleh Dr Adham dan bersedia berdepan di mahkamah untuk sebarang prosiding.

Bagaimanapun, selama ini C4 yang mendakwa mereka sebagai sebuah badan NGO rupa-rupanya sebuah syarikat tetapi menggunakan nama sebagai sebuah NGO mungkin bertujuan menarik perhatian rakyat.

BACA JUGA – Menteri Ada Hak, Tak Perlu Tarik Balik Saman – Peguam

Walaupun dalam surat jawapan mereka, mereka nampak berani untuk berdepan prosiding mahkamah dalam kes tuntutan ini tapi selepas sahaja Dr Adham mengumumkan tentang perkara itu, banyak pihak yang entah dari mana mendesak beliau untuk menarik balik tindakan saman berkenaan.

Bagi pihak Dr Adham, beliau terus tetap dengan langkahnya iaitu meneruskan tindakan undang-undang berkenaan. Ketika pihak peguam Dr Adham mahu menyerahkan surat tuntutan ganti rugi RM30 juta berkenaan pun pejabat C4 di Petaling Jaya ditutup. – TRI

NO COMMENTS

Exit mobile version

Warning: Module "mbstring" is already loaded in Unknown on line 0