Home BERITA Bung Sindir Shafie, Gunung Kinabalu Pun Tak Cukup Kalau Nak Beri Tanah

Bung Sindir Shafie, Gunung Kinabalu Pun Tak Cukup Kalau Nak Beri Tanah

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan adalah sesuatu yang mustahil untuk ketua menteri sementara, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengotakan janjinya mahu memberikan lima ekar tanah kepada setiap keluarga di negeri itu.

Beliau berkata Shafie sengaja mereka penipuan untuk rakyat apatah lagi semata-mata mahu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung September ini.

“Saya congak-congak tadi melalui kalkulator saya, saya tengok-tengok, tanah mana yang dia (nak) bagi ni?

“Sampai Gunung Kinabalu pun tidak selesai. Jadi ini merupakan satu pembohongan lagi.

”Ini adalah janji pilihan raya yang sudah tentu takkan dapat ditunaikan sama sekali,” katanya yang ditemui pemberita selepas menghadiri ceramah dan majlis perjumpaan pemimpin utama BN itu bersama calon-calon BN dan jentera BN DUN Balung, Tanjung Batu dan Kukusan.

Terdahulu, Shafie memberi jaminan kepada rakyat Sabah untuk memberikan setiap keluarga di negeri itu dengan lima ekar tanah jika Warisan berjaya menang dalam PRN Sabah, 26 September ini.

Atas janji itu juga, Shafie juga berkata rakyat Sabah pastinya tidak memerlukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mahupun Bantuan Prihatin Nasional.

Bung, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mengingatkan rakyat Sabah untuk tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis Shafie dan parti Warisan.

“Ini tanah tak boleh dibagi. Tak usah bilang kamu, sultan mana pun, tanah ini pun tak boleh dibagi, ” katanya.

 

NO COMMENTS

Exit mobile version