More

    Bung: Kita Hormat Demokrasi, Parti Yang Perolehi Banyak Kerusi Layak Jadi KM

    Susulan perkembangan terbaru membabitkan pemilihan Ketua Menteri Sabah, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengajak kesemua pihak menghormati demokrasi dan memberi laluan kepada parti yang memenangi banyak kerusi bagi jawatan berkenaan.

    Hajiji Dipilih Sebagai Ketua Menteri Sabah

    “Walaupun saya selaku Ketua Umno Sabah tidak berapa gembira dengan kemenangan yang BN menangi, tetapi saya redha dan terima Ketentuan Allah dengan hanya 14 Kerusi saja yang kita menangi disebabkan beberapa faktor yang kita semua fahami.

    “Saya juga ingin memaklumkan berkenaan jawatan ketua menteri, Umno Sabah telah menghantar cadangan Ketua Menteri kepada TYT Sabah semalam, tetapi memandangkan BN hanya menang 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) menang 23 kerusi, pihak kita terpaksa menghormati demokrasi parti yang menang banyak kerusi perlu menjadi ketua menteri,” demikian memetik kenyataan medianya.

    Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang merangkumi PN, BN dan Parti Bersatu Malaysia sejak kelmarin mula membincangkan calon ketua menteri susulan kemenangan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

    Dua nama telah dihantar, iaitu melibatkan Bung dan Pengerusi PBS, Datuk Hajiji Noor kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk dipertimbangkan.

    Tengah hari tadi, nama Hajiji dimuktamadkan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan, esok.

    Sementara itu, Bung meminta jentera BN Sabah untuk terus berlapang dada dan membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini