Tular di media sosial bagaimana pasukan PDRM dari unit Marin yang membantu penduduk kawasan zone merah Kluster Bangau-bangau selepas bot ronda pasukan berkenaan didatangai penduduk di situ
Rayuan yang diterima oleh penduduk berkenaan yang kini mengalami kesukaran bergerak dan mencari rezeki ekoran perintah Pergerakan yang diperketatkan itu akhirnya membuahkan hasil apabila bantuan makanan segera dihulurkan kepada mereka
Menurut sumber, penduduk berkenaan menjalankan kehidupan sebagai nelayan yang tinggal di rumah-rumah atas air tiada kemudahan jambatan untuk perhubungan dengan tanah besar semporna.
Individu berkenaan yang dikenali sebagai ladja juga menggunakan perahu yang sudah uzur dan dimasuki air laut di dalamnya semasa berdayung menghampiri bot polis Marin yang sedang bertugas membuat rondaan di kawasan PKPD.
Dalam pada itu, melalui satu video yang dimuat naik HMJ melalui saluran youtube, ada mengisahkan kisah sebenar yang terjadi
Berikut adalah perkongsian beliau :-
Rayuan pacik ladja merupakan rayuan sebahagian saudara-saudara di daerah Semporna yang menjalankan kehidupan sebagai nelayan yang tinggal di rumah² atas air tiada kemudahan jambatan untuk perhubungan dengan tanah besar semporna.
Pacik ladja juga menggunakan perahu yang sudah uzur dan dimasuki air laut di dalamnya semasa berdayung menghampiri bot polis Marin yang sedang bertugas membuat rondaan di kawasan PKPD.
Polis marin yang bertugas dengan segera bertindak terus merakam video permintaan dari pacik Ladja.
Alhamdulillah maklumat tersebut terus sampai ke wasap. Aku terus menghubungi adik My Tiong Nirma Majinji selaku Coordinator dari (Hugs Project) daerah semporna, merasa terharu dengan tindakan yang dibuat oleh pihak pasukan polis marin.
Dengan segera, My tiong mengatur bantuan untuk dihulur ke kawasan yang seperti dimaklumkan oleh pacik Ladja.
Lebih kurang jam 3 petang baru air pasang, Sampai disana pengagihan dibuat mengikut seperti apa yg dirancang. Pasukan Polis Marin bersama bot esscom serta dengan rasa tanggungjawab mengiringi pihak NGO untuk mengagihkan bantuan bagi mempastikan pembahagian berjalan lancar seterusnya menjaga keselamatan.
Pihak Hugs_Project dan seluruh gabungan NGO yang ada di semporna mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota Pasukan Polis Marin semporna yang telah menyampaikan informasi masalah kehidupan masyarakat yang terkesan akibat wabak covid-19 terutama masyarakat Bajau laut ( pala’u ) yang serba serbi ketinggalan dengan arus kemodenan informasi terkini.
Daripada informasi tersebutlah pihak NGO dapat melaksanakan tanggungjawab berkesan untuk membantu masyarakat yang amat memerlukan bantuan dan tidak tersasar daripada tujuan asal pihak NGO..
Ketahuilah
‘POLIS & MASYARAKAT BERPISAH TIADA ‘
S T A Y H O M E | S T A Y S A F E