Bukit Broga Ditutup Sehingga Dimaklumkan Kelak

Lokasi para penggemar sukan mendaki bukit di ibu negara dan sekitar Lembah Klang, Bukit Broga, Selangor diarahkan untuk ditutup berkuatkuasa Sabtu ini, untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan ia dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Seksyen 18, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Ia ditutup sehingga dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Gambar yang tular di media sosial tentang kesesakan yang berlaku di Bukit Broga selepas ia dibuka semula untuk aktiviti mendaki bukit baru-baru ini.

Kerajaan selalu tekankan situasi ketika normal baharu dan rakyat merupakan sistem pertahanan negara dalam memerangi wabak yang disebabkan oleh virus korona itu.

Beliau harap orang ramai tidak leka dan alpa serta ambil mudah ke atas amalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta gaya hidup baru.

BACA JUGA – Jika Rakyat Patuh SOP, Tiada Lagi Kes Covid-19 Di Malaysia Pada Pertengahan Julai

Dr Noor Hisham berkata pihak KKM sedar pematuhan SOP dalam kalangan individu, syarikat dan industri semakin menurun seperti yang banyak dikongsikan di media sosial.

“KKM berharap segala usaha kita selama ini untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 diteruskan oleh semua peringkat dan lapisan masyarakat,” katanya.

Ada banyak gambar dikongsikan orang ramai yang menunjukkan ramai orang berbaris panjang untuk mendaki bukit berkenaan sehingga barisan berkenaan tidak bergerak.

Keadaan itu membuatkan orang bimbang kawasan rekreasi cabaran lasak itu akan mencetuskan kluster baru jangkitan Covid-19.

BBerkaitan

Latest articles