Bukit Aman Nafi Tahan, Siasat Sanusi

KUALA LUMPUR: Tiada tangkapan dilakukan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Skandaguru Anandan dalam kenyataan media.

Bahkan pihaknya menepis laporan media daripada sebuah portal berita yang mendakwa Muhammad Sanusi telah dipanggil untuk dirakam percakapan hari ini.

“Tiada pihak dari Bukit Aman, peringkat Kontinjen Kedah atau Ibu Pejabat Polis Daerah di kedah yang melakukan tindakan seperti yang dilaporkan portal berita berkenaan.

“PDRM meminta Astro Awani yang melaporkan berita palsu tersebut membuat permohonan maaf serta menarik balik laporan berita yang disiarkan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan satu laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan dimulakan ke atas penyebaran berita palsu tersebut.

Skandaguru juga menasihatkan orang ramai tidak melaporkan sebarang berita yang tidak sahih, lebih-lebih lagi dalam tempoh kempen pilihan raya.

BBerkaitan

Latest articles