Bukan Umno, Tapi KJ Yang Hidup Dalam Penafian – Shahrir Samad

Kenyataan bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa parti perlu melakukan proses rejuvenasi terus mendapat perhatian beberapa pemimpin parti yang lain.

Ketua Umno Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad menyatakan rasa hairannya dengan kenyataan Khairy, atau lebih dikenali sebagai KJ itu, dengan berkata seolah-olah Ahli Parlimen Rembau itu hidup dalam penafian.

Tegasnya, Umno sudah melalui pelbagai fasa pendewasaan semenjak kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-18 (PRU18) yang lalu yang melihatkan Pakatan Harapan (PH) mentadbir sebagai kerajaan persekutuan.

“Saya hairan kenapa Khairy berpendapat semacam Umno belum mampu bergerak ke hadapan. Seolah-olah Umno masih berada dalam kebingungan akibat kekalahan dalam pilihan raya umum ke-14.

“Seolah-olah Umno masih terperangkap dalam kenafian realiti dan masih mahu mempertahan bekas presiden dan perdana menteri, Najib,” katanya dalam satu kenyataan.

Menteri sains, teknologi dan inovasi itu sebelum ini mengajak Umno melakukan pembaharuan parti dan tidak boleh lagi dikaitkan dengan kes yang membabitkan bekas presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta oleh mahkamah atas 7 pertuduhan membabitkan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Lebih lanjut, Shahrir berkata gabungan Muafakat Nasional antara Umno dan PAS dan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan peralihan kuasa terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diambil kira sebagai proses kejayaan Umno.

“Tanpa perpaduan dalam Umno dan kepimpinan parti yang memahami kehendak ahli dan pimpinan bawahan, kedua-dua peristiwa terpenting ini pasti tidak akan berlaku.

“Kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin Umno, termasuk saya sendiri, akan terus berjalan. Saya tidak pun melibatkan Umno dalam kes ini dan saya tetap bersama Umno, menyokong perjuangan parti walaupun saya menghadapi pendakwaan di mahkamah.

“Kes di mahkamah tetap tanggungan kami sendiri. Ia sama sekali tidak akan menghalang kelangsungan perjuangan bangsa, agama dan negara melalui Umno,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini