Bukan UMNO ‘Makan Kawan’, Tapi PAS Yang Jenis ‘Kahwin-Cerai’

KUALA LUMPUR: PAS diminta merenung kelemahan partinya sendiri dan tidak memfitnah UMNO dengan dakwaan akan mengkhianati rakan apabila mendapat kuasa.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi sebaliknya berkata PAS hanya mempamerkan keburukannya kerana parti itulah yang paling banyak melakukan perceraian politik.

“Kalau kahwin politik dengan PAS, mesti berakhir dengan perceraian.

“PAS tinggalkan Semangat 46, Pakatan Rakyat dan DAP.

“PAS main dua lawang. Mereka tanda tangan piagam Muafakat Nasional dengan UMNO. Dalam masa sama mereka menyertai Perikatan Nasional (PN). Maka siapa khianat siapa?,” soal Mohd Puad.

Malah merujuk kepada dakwaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat berhubung krisis Menteri Besar Perak, Mohd Puad kembali mempersoalkan penglibatan PAS.

”Dia kata UMNO jatuhkan Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) untuk jawatan MB. Tidakkah PAS terlibat?

“Kenapa tidak sentuh Kedah. Mukhriz jatuh dan PAS dapat jawatan MB,” tempelaknya lagi.

Bagaimanapun menurut Mohd Puad, pemimpin PAS itu suka benar mengecam UMNO kerana menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun hakikatnya puas jika bekas perdana menteri itu ‘membunuh’ UMNO.

Ini membolehkan PAS menjadi satu-satunya parti Melayu tunggal.

“Ada udang di sebalik batu,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles