“Bukan Tak Nak Selamatkan Mangsa” – Fahami Mengapa Bot Sukar Masuk Sesetengah Lokasi Untuk Operasi Menyelamat

Sejak banjir mula melanda Selangor dan Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, ramai pihak mula menuding jari dan menyalahkan pasukan keselamatan dan sukarelawan kononnya lambat memberikan bantuan dan menyelamatkan mangsa.

Malah ada juga dakwaan pihak keselamatan dan sukarelawan sengaja tidak masuk dan melengah-lengahkan masa untuk membantu, sehingga menyebabkan mangsa-mangsa banjir terkandas berhari-hari lamanya.

Namun, ramai yang kurang faham beberapa isu teknikal yang timbul dalam usaha menyelamatkan mangsa-mangsa banjir, seperti yang dijelaskan oleh salah seorang sukarelawan, Haji Mohd Zaffarollah di Facebooknya.

“Saya nak jelaskan beberapa perkara.

Isu lambat selamatkan orang. Kononnya bot penyelamat hanya lalu dan tak berhenti.

Saya sendiri naik 9-10 trip selamatkan mangsa banjir.

Cabarannya kenderaan dibawah air yang tidak dapat dilihat. Menganggu enjin dan body bot menyebabkan tersekat di lorong2 rumah.

Semalam depan mata saya sahaja 4 buah bot terbalik sebab terlanggar lori dan van.

Taman Sri Muda majoriti kawasan pangsapuri. Kenderaan banyak dan tidak dapat dilihat kerana air banjir menutupi keseluruhan kenderaan.

Lihat gambar bas kilang. Jadi bayangkan kenderaan yang lebih rendah dari bas pasti tenggelam.

Bot lalu tengah laluan pun kadang2 sangkut kerana dasar air dibawah yang deras mengalihkan kenderaan ke tengah jalan.

Saya dan pasukan antara yang nyaris terbalik semalam.

Bila pakai bot kecik, maximum 3 org je boleh diselamatkan, yg menunggu beribu, bila pakai bot besar, tersangkut pulak atas body kenderaan.

Jadi bukan sebab taknak masuk dan ambil mereka, penting diri, pilih bulu dan sebagainya, yang turun dibawah pasti lalui dan merasai.

Isu kedua berkenaan logo Barisan Nasional,kenapa perlu pakai logo parti masa beri bantuan. Kami pakai untuk buktikan BN ada dan wujud di kawasan berkenaan.

Kalau tak pakai nanti, nanti masa PRU sibuk cakap mana BN? Masa banjir tak turun tak nampak muka. Nanti masa minta bantuan tahu pulak tanya BN tak bagi apa2 ke? Sembang ar.

Berita Berkaitan

Komen

Terkini