Bukan Sekadar Berpolitik! Wanita UMNO Satukan Semangat Perjuangan Melalui Nasyid – Pak Mus

SEREMBAN – Pertandingan Nasyid Wanita UMNO peringkat Negeri Sembilan berlangsung meriah dengan penyertaan pelbagai kumpulan yang menampilkan persembahan penuh penghayatan dan nilai spiritual.

Program yang diadakan di Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan parti serta ahli-ahli Wanita UMNO dari seluruh negeri.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

Kumpulan Nasyid Bahagian Rembau berjaya muncul sebagai juara menerusi persembahan yang disifatkan menyentuh hati dan sarat dengan mesej nilai murni.

Menurut Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Dato Haji Mustapha Nagoor, program seumpama ini bukan sahaja mengetengahkan bakat seni, malah berperanan memperkukuh semangat ukhwah dan perjuangan dalam kalangan ahli.

“Pertandingan ini membuktikan seni boleh menjadi medium mendidik jiwa, mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai positif dalam masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga mesra dikenali sebagai Pak Mus berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkasa peranan wanita dalam aktiviti seni dan kemasyarakatan.

BBerkaitan

Latest articles