Bukan Saya Seorang Buat Keputusan Untuk KKM – Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan tuduhan ramai pihak bahawa beliau adalah pembuat keputusan kepada dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ujarnya, apa sahaja keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama daripada pelbagai pakar dalam kementerian itu.

Malah katanya, ia termasuk di bahagian Kesihatan Awam, hospital dan klinik bawah kementerian itu.

“Kadang kala orang menyerang saya saja, mengatakan saya angkuh tetapi bukan saya saja yang membuat keputusan.

“Pandangan yang saya berikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan orang ramai adalah pandangan daripada

“I am only a messenger,” katanya dalam sesi taklimat media berkaitan Darurat Covid-19 KKM, semalam.

Jelas beliau, setiap hari semua pihak terbabit akan bermesyuarat terlebih dahulu bagi membincangkan segala bentuk keputusan yang akan diambil oleh kementerian itu.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal Pfizer tidak mempunyai kesan sampingan.

Ia ekoran pemerhatian negara terhadap langkah United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) yang telah memulakan proses vaksinasi kepada rakyatnya membolehkan Malaysia mendapat lebih maklumat mengenai keberkesanan vaksin dihasilkan syarikat farmaseutikal Pfizer.

Beliau berkata, dengan melihat kepada proses yang dilakukan kedua-dua negara itu, Malaysia bleh melihat kepada kesan sampingan yang terjadi kepada mana-mana rakyat negara-negara itu sebelum dipraktikkan di negara ini.

“Kita lihat kesan sampingan rendah. Ramai rakan doktor kenalan pun menerima vaksin dan saya dapat bertanya kesan sampingnya.

“Alhamdulillah, vaksin Pfizer tiada kesan sampingan. Ada orang meninggal dunia berkemungkinan tidak ada kena-mengena dengan vaksin, sama ada disebabkan oleh vaksin atau secara kebetulan.

“Ada ‘bell’s palsy’ sama ada disebabkan oleh vaksin atau secara kebetulan. Kita akan menjalankan penilaian keberkesanan vaksin dalam tempoh terdekat dan untuk jangka panjang,” katanya lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini.

Latest articles

Related articles

spot_img