Bukan Perkara Pelik Bila Masih Ramai ‘Jual Cerita’ Tentang UMNO

KUALA LUMPUR: Memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin hampir, maka tidak pelik jika bermacam cerita tentang UMNO dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang tidak senang dengan parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tumpuan kali ini adalag di peringkat nasional, apabila mereka gagal menyerang calon-calon UMNO yang bertanding di Johor.

Ahmad Zahid menegaskan adalah tidak pelik dengan cerita pemimpin UMNO bawa fail, merayu, berunding atau apa sahaja kerana semua cerita itu akan terus keluar.

”Tetapi oleh kerana tidak ada pilihan raya – PRK (pilihan raya kecil) atau PRN – maka semua cerita yang dikatakan itu seperti tidak perlu didedahkan.

”Dalam cerita-cerita ini, prinsipnya mudah – kebenaran itu berpilih-pilih. Perkara yang dianggap jahat dan menyalahgunakan kuasa hanya akan menjadi salah dan jahat jika tidak menyebelahi pihak mereka,” dakwa Zahid lagi.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, ramai sudah sedar akan strategi Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu yang memberi tekanan, seperti mendesak UMNO menyingkirkan Presiden UMNO dan Datuk Seri Najib Razak dan serta mana-mana pemimpin yang berselisih secara peribadi dengan mana-mana pemimpin PH dan Bersatu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin UMNO mesti dituduh dan didakwa sebanyak mungkin melainkan mereka bersetuju untuk menyertai Bersatu, maka tuduhan-tuduhan tersebut akan digugurkan serta merta.

Inilah yang ‘keistimewaan’ yang diberikan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Mas Emieyati Samsudin yang pada mulanya dituduh namun digugurkan tuduhan mereka, kata Ahmad Zahid.

”Ayuh, ambil popcorn, kita tunggu episod seterusnya,” kata Zahid.

BBerkaitan

Latest articles