More

    Bukan Masa Untuk Pentingkan Maruah Parti, Kata Shafie Kepada PKR

     

    Warisan meminta PKR untuk berlapang dada menerima peruntukan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung 26 September ini.

    Mengulas lebih lanjut, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah peluang untuk memenangi kerusi yang dipertanding berbanding maruah sesebuah parti.

    Malah perkara itu ditekankan olehnya ketika perjumpaan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kota Kinabalu, baru-baru ini.

    Shafie berkata sebelum ini banyak kerusi diberikan kepada PKR namun mereka hanya menang di dua kerusi sahaja pada pilihan raya yang lalu.

    “Ini bukan masa untuk kita memberikan kerusi, ini masa untuk kita memenangi pilihan raya.

    “Ia bukan soal: ‘Oh, parti kami akan dipandang rendah kalau kami dapat jumlah yang lebih kecil’.

    “Bukan soal maruah parti yang jadi keutamaan kita. Maruah untuk kita menang pilihan raya yang lebih penting,” katanya semasa berucap sebelum mengumumkan 54 calon yang akan bertanding di bawah lambang Warisan hari ini.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini