Budak Perempuan Usia 10 Tahun Jadi Hamba Seks Bapa, Pernah Dilacurkan

KUCHING: Seorang lelaki direman selama lima hari sehingga 3 Oktober depan, selepas didakwa ‘membodek’ anak perempuannya yang berusia 10 tahun sebagai hamba seksnya.

Perintah reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuching dan suspek telah ditahan polis semalam sekitar jam 2 petang.

Kejadian itu terbongkar selepas gadis itu memberitahu guru sekolahnya yang kemudiannya membuat laporan polis. Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut sumber, mangsa dikatakan telah beberapa kali dihantar kepada seorang lelaki oleh bapanya sebagai ‘aset’ pertukaran wang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana orang yang mempunyai anak dalam jagaannya diabaikan atau ditinggalkan, atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosinya boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya.

BBerkaitan

Latest articles