Budak Perempuan Tertinggal Dalam Kereta Bapa Selama 10 Jam Ditemui Maut

 

Seorang kanak-kanak berumur empat tahun ditemui meninggal dunia, selepas tertinggal di dalam kereta bapanya hampir 10 jam dalam satu kejadian di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.

Mangsa hanya ditemui bapanya dalam keadaan tidak bernyawa selepas bapanya yang berusia 30-an hendak pulang ke rumah dari tempat kerjanya pada 6.20 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Sebelum kejadian, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori itu telah menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi, sebelum terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

“Bapa mangsa sepatutnya menghantar mangsa ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir, namun terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang,” katanya dalam kenyataan di hari ini.

Adzli memberitahu bapa mangsa pergi ke beberapa tempat dengan memandu lori dan pulang ke pejabat sekitar jam 4.30 petang dan terus masuk ke bangunan pejabat, untuk menguruskan kerja lain.

“Selepas selesai bekerja, bapa mangsa telah pergi ke kereta sebelum melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, di bahagian tempat duduk belakang kereta.

“Bapa mangsa terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini