Budak Dua Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati lemas dalam satu kejadian di rumah pengasuhnya di Batu Maung, Georgetown, hari ini.

Mangsa, Sophia Fatehah Wan Farhan Danial ditinggalkan di rumah berkenaan memandangkan ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Anak bongsu dari dua beradik itu dipercayai mati lemas di dalam besen di unit kediaman tersebut.

Nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Wan berkata, dia menerima panggilan daripada anak lelakinya berhubung kejadian menimpa cucunya itu.

“Saya dapat panggilan terus bergegas dari Taiping ke unit forensik Pulau Pinang. Kami masih terkejut dengan kejadian ini kerana sudah lama dia berada dalam jagaan pengasuh itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan mengesahkan kejadian tersebut.

BBerkaitan

Latest articles