Budak 8 Tahun Tercampak Dari Kenderaan Ke Bawah Jejambat

Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun retak peha kaki kiri selepas terhumban ke bawah jejambat apabila kenderaan dipandu bapanya kemalangan di Kilometer 0.4 Lebuhraya Duke berhampiran Jalan Pahang di sini, Jumaat lalu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.40 petang itu, sebuah Toyota Estima dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dalam perjalanan dari arah Gombak ke Jalan Tun Razak sebelum terbabas ketika melalui laluan berselekoh di situ dan melanggar tembok kiri jalan akibat hujan lebat.

Mangsa yang dipercayai duduk di bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabit terhumban keluar daripada cermin sisi belakang kanan dan jatuh kira-kira 15 meter ke bawah dari jejambat di laluan itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata mangsa jatuh di atas sebuah kereta SUV yang diparkir di hadapan bilik pameran sebuah kedai menjual kenderaan di Jalan Pahang.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera retak paha kaki kiri namun bapanya terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans untuk rawatan dan

kini dia ditempatkan di Wad Kanak-kanak hospital berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, satu rakaman video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu tular di media sosial sejak malam tadi.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini