Budak 2 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 7

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kejadian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh unitnya di perumahan awam di Presint 9, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima laporan kejadian yang menimpa mangsa berusia dua tahun lapan bulan itu pada 2.24 petang.

“Doktor di wad kecemasan Hospital Putrajaya memaklumkan mangsa dibawa oleh bapanya dalam keadaan berlumuran darah dan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Jenazah mangsa akan dibedah siasat pukul 8 pagi esok.

BBerkaitan

Latest articles