More

    Budak 15 Tahun Dirogol Kenalan Baru Di Facebook

    Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dirogol seorang lelaki yang baru dikenalinya menerusi laman Facebook, di sebuah hotel di Bahau, malam kelmarin.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata mangsa berumur 15 tahun dilaporkan mengikut suspek berusia 32 tahun dengan menaiki kereta pada jam 12 tengah malam.

    Suspek dipercayai membawa mangsa ke sebuah hotel sebelum merogolnya.

    “Pada jam 8 pagi suspek dan mangsa keluar hotel sebelum suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar sekitar bandar Seremban.

    “Suspek kemudian menghantar mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik pulang ke rumahnya pada jam 10 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

    Mangsa yang berang dengan perbuatan itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Bahau pada jam 6.55 petang semalam.

    Budak perempuan itu dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa sebelum mangsa ditahan wad di hospital berkenaan.

    “Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan milik keluarganya kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

    “Berdasarkan siasatan, mangsa tinggal bersama neneknya di sebuah kampung di Bahau manakala kedua ibu bapanya sudah bercerai” katanya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini