Buat-Buat Tanya Soalan Sebelum Cabul

Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak mencabul seorang juruwang dalam satu kejadian di Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian dilaporkan berlaku setelah suspek berpura-pura bertanyakan soalan kepada mangsa.

Tangkapan ke atas suspek berusia 30 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa cabul suspek.

Suspek terlebih dahulu mengekori mangsa yang baru selesai waktu kerja hingga ke rumahnya.

“Ketika wanita berusia 22 tahun itu menjawab pertanyaan suspek dikatakan telah mencabulnya sebelum melarikan diri.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian tersebut kepada keluarganya sebelum abangnya keluar bagi mencari suspek,” katanya.

Menurut beliau, abang mangsa bersama rakannya bertembung dengan motosikal suspek yang ketika itu cuba keluar ke jalan besar, namun suspek berjaya melarikan diri.

“Lelaki berkenaan sempat mencatit nombor pendaftaran motosikal suspek sebelum membawa adiknya melaporkan kejadian kepada pihak polis.

“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan semakan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Latest articles

Related articles

spot_img