Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bermula Isnin ini juga, polis tidak lagi akan melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Seperti yang saya katakan, perlu ada keseimbangan antara keperluan ekonomi dan menjaga kesihatan. Seperti yang kita tahu 31 Disember ini, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan berakhir tetapi kita masih belum tahu sama ada akan disambung atau sebaliknya.

“Jadi beberapa kelonggaran dipersetujui. Antaranya bersetuju supaya rentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, kecuali kawasan PKPD.

“Selepas ini, polis akan berada di mana-mana untuk memastikan pematuhan SOP,” katanya pada sidang media berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Bukan itu sahaja menerusi mesyurat yang sama, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju memberi kelonggaran berhubung had jumlah penumpang dalam kenderaan.

Katanya, jumlah penumpang di dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk kenderaan yang dinaiki.

“Sidang khas juga bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing.

“Bagaimanapun, saya amat berharap agar setiap dari kita menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan kerana vaksin terbaik buat masa ini ialah diri kita sendiri,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

CUEPACS Gesa Tindakan Tegas Pesakit COVID-19 Minum Bir Di PKRC

Susulan tular gambar membabitkan beberapa individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kota Kinabalu sejak semalam, Kongres...

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...