DAP: Boleh Kerjasama, Dengan Syarat Pecat Hamzah, Azmin

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memecat dua menteri kanannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin jika mahu bekerjasama dengan pembangkang dalam menangani pandemik Covid-19.

Chin Tong mendakwa Menteri Dalam Negeri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa itu sebagai punca kepada huru-hara politik di negara ini dengan melakukan strategi politik yang ‘tidak menjadi’ yang akhirnya memakan diri.

“Saya sudah cakap sejak sesi Parlimen pada 18 Mei lepas, Muhyiddin sepatutnya berhenti berharap dan percaya bulat-bulat kepada Hamzah dan Azmin.

Hamzah sendiri seperti tidak faham realiti politik sekarang, tidak lagi seperti dulu hanya ‘berasaskan kepada satu parti politik sahaja.

“Ingat lagi apa yang berlaku dengan UMNO sehingga kalah besar pada Mei 2018? Hamzah masih lagi cuba berusaha mengembalikan pemerintahan satu parti dengan anggapan Muhyiddin memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Antara Mac sehingga Mei pula, Hamzah cuba membeli Ahli Parlimen dari pembangkang. Tidak ramai pun yang menerima pelawaan menyeberang dengan majoriti tipis itu, jangkaan kononnya ramai akan lompat sebenarnya sangat ‘bodoh’.

“Malah selama lebih setengah tahun, pencapaiannya hanya sekadar Ahli Parlimen Lubok Antu sahaja yang melompat ke sana. Kemudian campur tangan Hamzah di Sabah, kemenangan juga tidak seberapa.

“Langkah Sabah itu akhirnya telah menyebabkan UMNO dianaktiri sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berusaha untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN),” tulisnya di blog.

Dalam masa yang genting ini, Chin Tong berpendapat Muhyiddin perlu berusaha mewujudkan permuafakatan dan muhibah antara pemimpin politik kerajaan dan pembangkang untuk berganding bahu mencari jalan menyelesaikan masalah ekonomi akibat pandemik ini.

“Henti aniaya pembangkang, beliau perlu menjadi Perdana Menteri untuk semua dan bukannya untuk parti Bersatu sahaja. Bukan sahaja pembangkang gusar malah sekutunya, UMNO sendiri.

“Untuk ini, Muhyiddin perlu minta Hamzah dan Azmin letak jawatan dari Kabinet, terima hakikat dan tanggungjawab terhadap semua keputusan serta nasihat termasuklah menasihati YDPA juga keadaan huru hara serta toksik politik kerana dua pemimpin ini,” tegasnya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...