Boleh Didenda, Penjara Jika Nikah Di Luar Negara Tanpa Kebenaran

Mana-mana pasangan yang gagal memohon kebenaran pejabat agama tempat bermastautin bagi melangsungkan pernikahan di luar negara boleh didakwa dan dikenakan denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, demikian menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

Malah, di Johor sesiapa yang bernikah bukan poligami perlu mohon kebenaran pejabat agama Islam negeri, sama ada mahu bernikah dalam negara atau luar negara, manakala jika poligami perlu mohon kebenaran daripada Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, mana-mana pasangan yang bernikah tanpa kebenaran itu dikira melanggar mengikut Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003.

Jika ada mana-mana individu yang melanggar peraturan berkenaan akan menyebabkan mereka dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 bagi Fasal 19 ada menerangkan mengenai kebenaran perlu sebelum akad nikah.

“Rujukan itu tertulis, tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin diberi oleh Pendaftar mengikut Seksyen 17 (enakmen sama) jika perkahwinan itu membabitkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Johor,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique, 27, berasal dari Johor melangsungkan perkahwinan dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar di Punjab, India.

Wanita itu melangsungkan perkahwinan yang mencetuskan kontroversi di kampung halaman suaminya, sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini