Boleh Berbaik Dengan Muhyiddin Jika Kena Caranya, Kata Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak cadangan beberapa pihak untuk dirinya kembali berbaik dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi wawancara di Astro Awani semalam, Dr Mahathir berkata beliau bersetuju untuk menolak kepentingan politik ketika rakyat dan negara berdepan dengan situasi getir.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut merujuk kepada Parti Buruh dan Parti Konservatif di United Kingdom yang pernah bekerjasama ketika berdepan ancaman Jerman beberapa dekad lalu.

“Itu kena caranya (ketawa), ada cara-caralah, tapi tak payah saya pula nak cerita berkenaan dengan cara yang boleh saya kembali kerjasama dengan dia.

“Saya masih berpendapat bahawa di waktu getir kita kurangkan politik, terutama politik parti, kita utamakan politik negara.

“Kita hadapi masalah yang cukup besar, kita punya ekonomi merosot. Kita menghadapi pandemik, jadi itu perkara utama,” katanya.

Dr Mahathir juga mengakui menerima tawaran daripada Perikatan Nasional (PN) untuk bekerjasama dan berbaik dengan Muhyiddin, namun beliau menolaknya.

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberi alasan enggan bekerjasama dengan enam pemimpin UMNO yang menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah.

“Dah dibuat dah, tapi saya kata kena syaratlah, saya masuk. Mereka nak tonjol saya sebagai menyertai mereka, itu bukan caranya.

“Saya dapati banyak tak kena. Satu daripadanya kerajaan ni lebih kurang sama dengan kerajaan Najib (Razak) juga. 

“Guna duit, beli wakil rakyat jatuhkan kerajaan, kerja macam tu saya tak terima sebab tu apabila mereka cadang nak buat PN, suruh jadi ketua juga, saya tak nak,” katanya.

Sementara itu Dr Mahathir bersama beberapa lagi ahli parlimen pembangkang mengambil keputusan menolak Belanjawan 2021 apabila undi diadakan di Dewan Rakyat.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan belanjawan itu dapat diluluskan meskipun ada pihak yang tidak berpuas hati. 

“Terdapat peruntukan-peruntukan yang tidak sepatutnya ada dalam bajet, umpamanya apa perlunya kita bangunkan pejabat-pejabat baru sedangkan kita perlukan wang untuk lawan COVID-19. Segala perbelanjaan tidak mustahak perlu digugurkan.

“Kalau mereka terima cadangan kita, kita akan sokong. Tapi nak sokong bulat -bulat macam kita sign blank cheque tak boleh,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

CUEPACS Gesa Tindakan Tegas Pesakit COVID-19 Minum Bir Di PKRC

Susulan tular gambar membabitkan beberapa individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kota Kinabalu sejak semalam, Kongres...

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...