BN Zahir Penghargaan Kepada Penyokong, Bakal Anjur Sambutan 50 Tahun Parti

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) hari ini merakamkan penghargaan kepada semua penyokongnya atas sokongan yang diberikan selama ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berkata Kami pucuk pimpinan barisan Nasional  ingin menyampaikan penghargaan kepada rakyat jelata atas sokongan yang diberikan selama ini .

Katanya Ketika BN melayari bahtera perjuangan dan pentadbiran negara meskipun disebalik simpang siur dan adakalanya menghdapi gelombang politik, namun penekanan adalah untuk mentadbir negara dalam suasana aman, kestabilan membawa kesejahteraan dan juga memastikan kemajuan untuk negara Malaysia.

Itulah asas yang dibina berdasarkan politik Kerjasama, kesederhanaan melibatkan semua kaum, wilayah di dalam negara kita sehingga wujudkanya kesatuan BN untuk mentadbir negara katanya ketika sidang media pra pelancaran Sambutan Ulangtahun Jubli Emas ke 50 Pati itu di WTCKL hari ini.

Katanya sempena sambutan 50 tahun ini juga, pelbagai program dan agenda telah diatur sehingga hujung tahun ini.

“Antaranya ialah konvensyen-konvensyen negeri yang akan diadakan dan bagi negeri-negeri yang akan menganjurkan dalam tempoh terdekat adalah Kelantan dan Johor yang akan adakan konvensyen pada 8 Jun, diikuti di Terengganu dan Pahang pada 15 Jun ini, dan seterusnya diikuti negeri-negeri lain yang akan diatur kemudian nanti.

“Barisan Nasional juga akan menganjurkan beberapa siri, forum, wacana dan townhall yang akan diadakan di negeri dan peringkat pusat bagi tujuan menyegarkan pemikiran dan juga wacana politik yang baik untuk negara.

“Dalam hal ini, kita akan menjemput daripada generasi muda mahupun kalangan pemikir untuk kita mendengar suara dan pandangan bagaimana untuk memperkukuhkan Barisan Nasional bagi menghadapi dekad seterusnya,” kata Zambry lagi.

Ditanya tentang Pilihanraya Kecil Sungai Bakap, Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Menurutnya kerangka awal perlu dilaksana dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tentang persiapan yang telah dilakukan.

“Seperti mana yang telah disebutkan pengerusi Barisan Nasional, kita akan meneruskan apa yang kita bina ini dan dalam masa yang sama keputusan bersama daripada pimpinan Barisan Nasional akan kita bincangkan kerana kita melihat bahawa satu bentuk kerjasama dalam membentuk Kerajaan itu sangat penting.

“Dan kita dapati, sebagai contoh, dalam usaha kita untuk bekerjasama dalam kerajaan yang ada pada hari ini adalah merupakan antara modul yang dapat kita teruskan sekiranya diputuskan oleh Majlis pimpinan tertinggi Barisan Nasional,” katanya.

Ditanya mengenai Kerjasama antara parti pula, Zambry BN  sedia berbincang seawal mungkin mengenai model kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya perbincangan itu antara lain membabitkan pertimbangan BN sama ada ingin bergerak solo atau meneruskan kerjasama sedia ada.

Katanya, ketetapan kerjasama itu akan diputuskan dalam mesyuarat kepemimpinan tertinggi komponen BN.

“Seperti disebut pengerusi BN sebelum ini, kita akan meneruskan apa yang ada.

“Kita juga melihat segala bentuk kerjasama dalam membentuk kerajaan Persekutuan hari ini. Model kerjasama (membentuk kerajaan Perpaduan) boleh diteruskan jika majlis pimpinan ingin membuat keputusan itu,” katanya

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tingg mengesahkan BN akan melakukan persiapan lebih awal menghadapi PRU ke-16 yang dijangka berlangsung sekitar tiga tahun lagi.
Katanya, kerangka beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini dijadikan panduan BN untuk menghadapi PRU-16.

“Sudah tentu kita melakukan persiapan awal kerana kerangka mula perlu dilaksanakan dan akan dimaklum dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai perbezaan pendapat dlam parti komponen khususnya berkaitan kerjasama MCA dengan PH, beliau berkata, perkara itu diatasi dengan ruang demokrasi dalam BN.
“Ada kalanya berlaku perbezaan ruang demokrasi dan saya tidak nafikan ia berlaku.

“Bagaimanapun, BN membuat keputusan secara bersama, keputusan untuk bekerjasama (dengan PH) hari ini juga adalah secara bersama dan tiada permasalahan untuk membentuk kerjasama,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles