BN Umum Mohd Puad Calon DUN Rengit

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dipilih sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.

Mohd Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat menggantikan penyandang DUN tersebut, Ayub Jamil yang merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor.

Untuk rekod pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Mohd Puad gagal  mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat apabila tewas kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,732 undi.

Bagaimanapun beliau tidak dicalonkan di kerusi sama

Pada PRU14, Mohd Puad tidak dicalonkan di kerusi yang sama, sebaliknya digantikan Ketua Wanita bahagian itu, Haliza Abdullah.

Mohd Puad pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat selepas menewaskan calon Pas, Muhammad Abdullah dengan majoriti 12,968 undi pada 2008 pada PRU12.

BBerkaitan

Latest articles