BN Umum Calon Baki Kerusi, Khairuddin Di Kuala Nerus, Habibah Ganti Noh

KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Tanjong Karang yang dimenangi Tan Sri Noh Omar pada PRU14 yang lalu kini diberikan kepada muka baru, Habibah Mohd Yusof sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan, malam tadi.

“Daripada tujuh kawasan ini, dua kawasan iaitu Tumpat dan Kuala Nerus menyaksikan, Barisan Nasional menampilkan dua calon secara direct candidate atas sifat keterbukaan dan perpaduan.

“Dengan pengumuman ini, ia menjadikan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen adalah sebanyak 178,” kata Zambry.

Selain calon muka baru di Tanjong Karang, BN turut menamakan bekas pemimpin PAS, Datuk Seri Khairuddin Aman Razali untuk kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Khairuddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus menggunakan tiket BN.

Selain Khairuddin, BN turut mengambil seorang lagi pemimpin Pas iaitu Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk kerusi Parlimen Tumpat.

Untuk rekod, Che Abdullah tidak dicalonkan oleh Pas kerana gagal mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama parti itu.

Pada PRU15, Che Abdullah yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Tumpat digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Datuk Mumtaz Md Nawi.

Pada PRU14, Che Abdullah menang dengan majoriti 17,500 sekali gus menewaskan calon BN dan PKR.

Beliau memperoleh 47,041 undi, BN (29,541) dan PKR (10,003).

BBerkaitan

Latest articles