BN Tuntut Penjelasan MIC Hantar Wakil Ke Perhimpunan Pemuda Bersatu

BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) akan menghantar surat rasmi kepada MIC berhubung tindakan seorang pemimpin sayapnya menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda Bersatu di Shah Alam semalam.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata MIC diminta memberikan penjelasan bertulis kerana Bersatu bukan sebahagian daripada BN, sebaliknya parti pembangkang.

“Kita serahkan kepada kepimpinan MIC untuk menilai dan mengambil tindakan disiplin mengikut peraturan parti. Pada masa sama, Setiausaha Agung BN juga akan meminta penjelasan rasmi mengapa wakil parti hadir ke perhimpunan tersebut.

“Ia bukan satu isyarat yang baik. Tidak sepatutnya ada mana-mana wakil parti komponen BN menghadiri persidangan parti yang berada di luar kerajaan Madani, sama ada atas kapasiti peribadi atau rasmi,” katanya dipetik selepas merasmikan Program Motivasi Desa Kemas dan Bakti Madani UiTM di Bagan Datuk.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda MIC, K Kesavan, dilaporkan hadir ke Perhimpunan Agung Pemuda Bersatu kali ke-8 di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam.

Kesavan bukan sahaja duduk di barisan hadapan bersama Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah turut mendapat sorakan perwakilan apabila nama MIC disebut dalam ucapan alu-aluan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham.

BBerkaitan

Latest articles