BN tekad mahu selesaikan isu ‘tiga serangkai’ di Sabah – Zahid

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) tekad untuk menyelesaikan isu ‘tiga serangkai’ melibatkan jalan raya, elektrik dan bekalan air sekiranya diberi mandat untuk menerajui kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara terbabit menjadi tumpuan utama pihaknya berikutan ia akan menjadi halangan kemasukan pelabur ke negeri ini.

“Pembangunan memerlukan pelaburan dari luar. Pelabur tidak akan datang jika masalah tiga serangkai tidak diselesaikan.

“Itu sebabnya saya yakin BN Sabah bertekad menanganinya,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran amanifesto BN bertempat di Menara UMNO Sabah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berkata kerajaan Persekutuan menghormati hak Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan dan juga Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sekarang, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, diberi mandat oleh Perdana Menteri. Ia adalah kesinambungan daripada apa yang diperakukan oleh kerajaan BN sebelum ini.

“Saya yakin ini pasti akan dapat dilaksanakan kerana saya sendiri akan mendesak di peringkat Kabinet supaya MA63 ini dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles