BN Tak Perlu Uar Kabinet Bayangan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak terdesak hendak meraih undi rakyat dengan bermain persepsi, contohnya dalam membuat senarai kabinet bayangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata apa yang dilakukan pihak lawan itu sekadar perang psikologi memandangkan mereka tidak mempunyai produk mahu diketengahkan seperti BN.

“Terserah kepada dia (parti lain) buat Kabinet bayangan. Saya tak buat, mahu tumpu pilihan raya.

“Macam kajian semalam, ia dinafikan oleh syarikat Ilham Centre kerana ia bukan hasil kajian mereka.

“Hari ini, mereka yakin ada Kabinet bayangan, itu perkara biasa. Bezanya kita (BN) beri penjelasan apa yang kita lakukan untuk menang berpandukan fakta sebenar seperti dari bajet.

“Jadi kita jual produk sebenar sedangkan mereka menjual produk mimpi,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles