BN Tak Macam PAS ‘Pilih Bulu’, Pengundi Tua, Muda Sama Penting

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyifatkan setiap golongan pengundi adalah penting buat dirinya dan jentera parti untuk menang.

Beliau juga akan memastikan tidak ada kumpulan pengundi dan kawasan akan tercicir sepanjang kempen PRK berlangsung.

“Undi ini setiap undi ini dikira sama ada tua atau muda. Untuk BN kita ambil penekanan bahawa BN cakna pengundi muda dan pengundi tua kerana mereka itulah yang akan memberi kejayaan kepada BN,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni pengundi di sekitar kawasan Kijal, hari ini.

Reaksi Raja Mohamed Affandi itu merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menggesa jentera parti itu tidak membuang masa untuk meraih undi golongan warga emas.

Bahkan PAS juga, menurut Ahli Parlimen Marang itu, tidak mengharapkan undi daripada golongan tua dan menyifatkan mereka sebagai ‘tak reti bahasa’.

Abdul Hadi juga dipetik sebagai berkata sudah memadai buat PAS dan Perikatan Nasional (PN) mengharapkan pengundi muda untuk memenangkan calon mereka, iaitu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam pada itu Raja Mohamed Affandi juga nekad menawan hati penyokong daripada parti lain.

“Saya lihat banyak positif, saya jumpa dengan penyokong parti lain, setelah menerangkan, berikan maklumat, rupanya ada yang tak dapat (gambaran) sebenarnya.

“Sekarang everything distorted but to find the truth you have to search it dan distortion itu sebahagian daripada permainan, untuk itu pengundi berhati-hati dan semak kerana hanya dengan menyemak kita dapat yang benar,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles