KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberitahu Barisan Nasional (BN) bersetuju kekal sebagai pembangkang.
Beliau berkata, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan,” kata Ismail Sabri menerusi ciapan di laman Twitter beliau, hari ini.