BN Sedia Hadapi PRN Sabah Ke-17, Kerjasama Dengan PH Dimuktamadkan

Kota Kinabalu- Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini mengadakan mesyuarat bagi memuktamadkan persiapan terakhir menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut menyentuh perkembangan kerjasama BN bersama Pakatan Harapan (PH), termasuk pembahagian kerusi antara kedua-dua gabungan yang disahkan telah disepakati.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, BN menegaskan keutamaan perjuangannya adalah untuk memastikan kepentingan rakyat Sabah terus dipelihara selain meneruskan agenda kestabilan dan pembangunan yang menjadi asas parti itu sejak dahulu.

“BN istiqamah dalam usaha memastikan Sabah kekal stabil dan maju, selari dengan kerangka pembangunan negara. Keutamaan rakyat Sabah akan terus menjadi landasan utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pelancaran Jentera BN bagi PRN Sabah ditetapkan berlangsung pada Ahad, 9 November, jam 2.30 petang di Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

PRN Sabah ke-17 dijangka menjadi penanda aras penting kepada hala tuju politik negeri itu, terutama selepas beberapa rundingan kerjasama antara gabungan utama berlangsung sejak beberapa bulan lalu.

BBerkaitan

Latest articles