KUALA LUMPUR – Kita tidak boleh leka dibuai nostalgia bahawa, BN akan memerintah semula, hanya kerana kita sekarang menjadi sebahagian dari kerajaan ujar Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan
Katanya Apa yang berlaku, kecil dan PRN dalam semua kemenangan pilihanraya sabah, Melaka dan Johor, bukan jaminan bahawa BN akan pasti menang, dan menguasai Kerajaan dengan mudah.
“ Jika kita beranggapan sedemikian, maka saya tegaskan hari ini bahawa, anggapan seperti itu bukan sahaja salah. Malah, berbahaya dan berisiko kepada BN . Ada beberapa sebab kritikal, mengapa kita mesti membuang anggapan sebegitu dengan segera katanya ketika merasmikan konvensyen Barisan Nasional sempena ulang tahun BN yang ke 64 di Dewan Merdeka, WTC hari ini.
Menurut Mohamad Hasan lagi, kedudukan BN sekarang bukan seperti tahun tahun sebelum 2018. Pasca 2018, adalah era yang berbeza sama sekali. Sebenarnya bukan sahaja kepada BN sebagai sebuah parti politik. Tetapi kepada Malaysia, malah kepada dunia secara keseluruhan.
“ BN telah menjadi sangat mengecil, bukan sahaja dari segi jumlah MP, tetapi juga jumlah parti komponen, negeri yang kita kuasai, malah sokongan popular masyarakat awam.
“ Keadaan ini bukan hanya agak atau tekaan. Ini adalah realiti, agakkan. Bukan ramalan yang kesemuanya boleh disandarkan secara jelas kepada fakta dan data.
Jadi, adalah sangat penting untuk BN, berpijak di bumi yang nyata, dan menerima realiti bahawa, kemenangan tidak akan datang bergolek. Ia mesti kita usahakan katanya.
Beliau yang turut melontarkan cabaran buat semua hadirin yang hadir iaitu bagaimana harus memperbaiki, mengukuh dan mencipta semula gelombang gelora jenama BN dan bagaimana utuk BN kembali memerintah dan bagaimana BN boleh melakukannya.
“ Setelah 48 tahun, amat wajar kita bertanya, bagaimana harus kita ‘reinvent’ jenama Barisan Nasional ini? Atau sekurangkurang ‘recalibrate’ apa yang kita ada.
“ Siapa kita, ke mana kita mahu bawa Malaysia, apa lebihnya kita dengan yang lain. Semua ini adalah perkara yang mesti difikirkan dan dihidupkan kembali dengan nafas baharu.
“ Sebabnya mudah. Zaman sudah berubah. Generasi sudah silih berganti. Masakan BN terus terperangkap dalam ‘nostalgia silamnya ujar Mohamad hasan lagi.
Tambah Mohamad hasan lagi, kita mesti mengungkapkan semula BN ini sebagai ‘sebuah idea’ bukan sekadar sebuah perikatan politik .
Menurutnya institusi politik itu lumrahnya pegun, sedangkan idea itu pula sentiasa bertumbuh, bercambah dan membiak.
“ BN mesti ditamsilkan, sebagai sebuah idea kesepakatan, Idea kesatuan dalam kepelbagaian, idea tentang “ multiculturalism, progrss and diversity” katanya lagi.
Tambah Mohamad hasan lagi, BN mesti bergerak sebagai satu pasukan iaitu pasukan Barisan Nasional dan bukan sekadar parti komponen Barisan Nasional.
“ Kita mesti menghantar mesej yang sangat jelas kepada rakyat. Bahawa BN adalah pasukan Malaysia. Bukan pasukan UMNO, MCA, MIC dan PBRS secara berasingan.
Tonjolkan BN seluruhnya, sebagai sebuah pasukan terbaik, untuk masa depan Malaysia yang terbaik.
Di pentas mana pun, di program apa pun, kita mesti berdiri sebagai BN, dan ia dapat di rasai sebagai BN.
“ Kita bukan sekadar tampak kuat, tetapi benaran benar kuat sebagai sebuah pasukan BN katanya.