BN Sabah yakin kerjasama dengan PH akan berjaya dalam PRN – Suhaimi

SANDAKAN – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN) ke-17 akan datang bakal memberikan dampak positif serta merubah landskap politik negeri Sabah.

Menurut Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, pandangan tersebut juga merupakan pandangan Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin juga menegaskan formula BN-PH merupakan yang terbaik menghadapi PRN ke-17 kelak dengan mengenepikan sentiment anti-malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan,” kata Suhaimi dalam kenyataan media yang diedarkan sempena Himpunan BN Negeri Sabah (HBNNS) pada ahad nanti.

Suhaimi turut menganggap HBNNS kali ini mencipta sejarah kerana Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir menyampaikan amanat khas.

Menurut Suhaimi lagi, kehadiran Anwar pada HBNNS, membuktikan hubungan yang erat di antara kedua-dua parti khususnya sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17 dan juga sejajar dengan persefahaman yang amat baik dan kukuh di antara Anwar dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Suhaimi berpandangan penduduk peningkatan peruntukan kepada Sabah dalam Bajet 2024, dari RM6.5 bilion kepada RM6.6 bilion membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan di bawah Anwar.

“Selain itu, Kerajaan Persekutuan atas semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga turut menurunkan kuasa pelaksanaan projek Pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal di Sabah dan Sarawak.

“Ini jelas membukti Perdana Menteri bersungguh-sungguh untuk melihat Pembangunan dan kemajuan di negeri Sabah dengan pelbagai inisiatif antaranya Pelan Tranformasi SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd), Pelaksanaan Penjanaan Tenaga Solar Hidbrid,” kata Suhaimi yang juga merupakan Ahli Parlimen Libaran.

BBerkaitan

Latest articles