KOTA KINABALU: BN Sabah mengumumkan akan bertanding 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mengetengahkan sebanyak 80 peratus calon yang terdiri daripada wajah baharu dan orang muda.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata calon yang diketengahkan pihaknya bukan sahaja berpengalaman, tetapi juga berkualiti dari segi intelektual dan profesional.
“Barisan calon yang diketengahkan juga diperkukuh dengan tahap pendidikan yang tinggi yang majoritinya mempunyai ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dan dua (calon) antaranya adalah doktor perubatan.
“Malah juga mampu menerajui agenda ekonomi,teknologi serta pembangunan sosial negeri dengan lebih kompeten dan berwibawa.
“Insya-Allah,calon-calon ini mencerminkan sebuah tawaran menyeluruh untuk memastikan Sabah bergerak ke hadapan dengan lebih tersusun,makmur dan inklusif.
“BN Sabah yakin kesepaduan di antara pemimpin berpengalaman dengan wajah baharu serta calon muda berkelayakan tinggi akan memberi kelebihan besar untuk membawa Sabah menuju masa depan lebih cerah dan berdaya saing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi pengumuman calon BN bertempat di Bangunan UMNO Sabah, di sini, hari ini.
Dari 41 orang calon yang diumumkan, antara pemimpin lama dalam BN Sabah yang bakal bertanding semula dalam PRN17 adalah Datuk Harun Durabi (Bengkoka); Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (Tempasuk); Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (Usukan); Datuk Yakubah Khan (Karambunai); Datuk Arthur Joseph Kurup (Sook); Datuk Suhaimi Nasir (Sungai Sibuga), Datuk Jafry Ariffin selain Bung Moktar yang akan bertanding di kerusi DUN Lamag.
Bagi kerusi DUN Tanjung Keramat yang sebelum ini disandang Datuk Shahelmey Yahya akan ditandingi Datuk Jeffrey Noor.
Sementara itu, bagi kerusi DUN Tanjung Batu yang disandang Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy bakal ditandingi oleh Samasuddin Yusop.
Walau bagaimanapun, Bung Moktar yang juga merupakan Ketua UMNO Sabah itu turut memaklumkan senarai calon yang diumumkan terbabit adalah tidak muktamad sepenuhnya.
Menurutnya, senarai terbabit tertakluk kepada perkembangan menjelang hari penamaan calon.
N.01 – Banggi – Normalah binti Rasik
N.02 – Bengkoka – Datuk Harun Durabi
N.03 – Pitas – Datuk Bolkiah Haji Ismail
N.04 – Tg Kapur – Kevin Lee Sip Kin
N.08 – Pintasan – Tadzul bin Radin
N.09 – Tempasuk – Dato’ Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
N.10 – Usukan – Dato’ Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh Said Keruak
N.12 – Sulaman – Dr. Shahnon Rizal Thaijuddin
N.13 – Pantai Dalit – Alfian bin Sambas
N.16 – Karambunai – Datuk Yakubah Khan
N.17 – Darau – Arfansyah Abdul Gafar
N.24 – Tg Keramat – Jeffery Noor Mohamed
N.28 – Kawang – Datuk Jamal Norubit @ Nerub
N.29 – Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari
N.30 – Bongawan – Datuk Mohamad bin Al-Amin
N.31 – Membakut – Tuan Haji Rusman bin Dulamit
N.32 – Klias – Tuan Haji Osin bin Haji Jilon
N.33 – Kuala Penyu – Datuk Awang Aslee bin Laka
N.34 – Lumadan – Datuk Mohd Nazri Abdullah
N.36 – Kundasang – Japirin Sahadi
N.37 – Karanaan – Nadzmin Kamin
N.38 – Paginatan – Datuk Haji Jemadi @ Junaidi Sahat
N.41 – Liawan – Datuk Nik Mohd Nadzri bin Haji Nik Zawawi
N.45 – Sook – YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
N.46 – Nabawan – Laiji binti Ompongoh
N.47 – Telupid – Benedict Asmat
N.48 – Sugut – Mohammad Arifin bin Pachuk
N.49 – Labuk – Yusuf Latif
N.51 – Sg Manila – Zaini bin Tiksun
N.52 – Sg Sibuga – YB Datuk Suhaimi Hj Nasir
N.53 – Sekong – Mohd Zharif Aizat bin Datuk Samsuddin
N.58 – Lamag – YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin
N.59 – Sukau – Datuk Jafry Ariffin
N.60 – Tungku – Puan Hajah Saleha binti Wahid
N.62 – Silam – Sharif Musa Sharif Mabul
N.63 – Kunak – Dato’ Sri Anil Jeet Singh
N.66 – Bugaya – Abdul Manan Indanan
N.67 – Balung – Erwan Palateh
N.68 – Apas – Dr. Elmiariezan Ardan
N.71 – Tg Batu – Hj Samasuddin Yusop
N.73 – Sebatik – Aslan Fadli bin Samsul Alang










