BN Sabah Sahkan 81 Peratus Calon Bertanding Dalam PRN17 Adalah Wajah Baru, Orang Muda – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) mengesahkan hampir 81 peratus calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) terdiri daripada wajah baharu dan orang muda dari pelbagai latar belakang.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata calon terbabit telah dimuktamadkan dan akan bertanding untuk 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kelak.

Katanya, senarai calon tersebut juga turut melibatkan golongan wanita.

Mengulas lebih lanjut, calon parti akan diumumkan pihaknya sebelum tarikh penamaan calon yang bakal ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak

“Kita juga akan mengumumkan kerusi-kerusi dan senarai calon satu minggu sebelum penamaan calon diadakan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar turut berkata beliau meletakkan keyakinan terhadap calon yang dipilih oleh pihaknya

“Kita akan membuat beberapa perjanjian dengan calon-calon dan saya cukup yakin kali ini kita pilih mereka yang ada kesetiaan dalam parti.

“Kita lihat semalam ini, dalam (posisi) pembangkang pun mereka tidak goyang. Jadi saya yakinlah bukan macam calon-calon dulu yang menjadi pengkhianat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan bertempat di Bangunan UMNO Sabah, di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar turut ditanya pemberita sekiranya Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong mengenai keputusan itu, beliau berkata pihaknya memberi cadangan itu.

“Belum (menyokong lagi) tapi lebih kurang beliau (Zahid) akan dengar kita sebab kita ada autonomi. UMNO Sabah adalah 100 peratus ada autonomi, bukan parti Malaya,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar turut berkata pihaknya akan memperkenalkan Tabung Kemakmuran Sabah sebagai salah satu perkara yang akan ditawarkan dalam manifesto dalam PRN17 kelak.

Ia membabitkan pendidikan percuma untuk rakyat Sabah dan juga isu berkaitan infrastruktur.

BBerkaitan

Latest articles