BN Pilih Calon PRU15 Dari Parti Gabungan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan untuk memilih calon dalam kalangan parti gabungan itu (Friends of BN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata itu menjadi satu kepastian kerana parti gabungan itu banyak berjasa dalam membantu kemenangan BN pada pilihan raya kecil (PRK) dan negeri sebelum ini.

“Saya akan berunding dengan semua presiden parti komponen dan Top 5 (lima pemimpin tertinggi UMNO) dalam kepemimpinan UMNO.

“Kita pun sudah banyak kali berbincang dengan Top 5 mengenai PRU-15 nanti,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen BN di sini, hari ini.

Dalam pada itu bercakap mengenai persediaan PRU15, Ahmad Zahid memberitahu kesiapsiagaan bukan saja dari sudut jentera pilihan raya, tetapi cara gerak kerja juga perlu berbeza selepas mengambil kira pengalaman tewas pada PRU lalu.

“Kali ini kita tahu kita memerlukan rakan daripada parti lain untuk mendukung kerajaan yang ada, justeru dalam hal ini kita turut mengambil pendekatan merapatkan kepemimpinan dalaman dan menyatukan semua jentera di setiap peringkat.

“Selain itu lima langkah yang saya umumkan (untuk mewajahkan semula BN) perlu dilaksanakan di semua peringkat.

“UMNO sudah bergerak sekian lama, tetapi tetap mahukan parti lain turut bergerak untuk menentukan kemenangan pada PRU-15 nanti,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles