Jumlah undi yang sedikit diperolehi Pejuang menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada minggu lalu disebabkan berlakunya sogokan wang daripada Barisan Nasional (BN).
Kalah Di Slim Petanda Pejuang Tiada Tempat Dalam Politik M’sia
PRK Slim: BN Pertahan Kemenangan Dengan Undi Majoriti Lebih 10,000
Pengasas Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka pada awalnya menjangkakan akan memperolehi undi lebih dari 4,000 walaupun pilihan raya ini merupakan medan pertama mereka meletakkan calon.
Setelah kita kaji dan kita dapati bahawa kegunaan wang sogokan amat berleluasa.
“Ramai orang yang kata ada bayaran yang mereka dapat. Ada yang dibawa dengan bas ke tempat pengundian, mereka dibayar duit atas bas, ada yang dibayar duit atas van,.
“Kali pertama mungkin mereka dibayar RM100, setelah tunjuk mereka memilih BN, mereka akan dapat lagi baki RM150,” katanya di sidang media parti itu di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Dakwa Dr Mahathir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pastinya enggan melayan aduan sogokan wang itu jika tiada bukti secara terang-terangan diberikan kepada pihak berkenaan.
Pada PRK DUN Slim yang berlangsung Sabtu lalu, calon bebas yang disokong Pejuang, Amir Kusyairi Mohamad Tanusi hanya memperolehi undi sebanyak 2,115.
Amir Kusyairi jauh ketinggalan berbanding calon BN, Mohd Zaidi Aziz berjaya memperoleh undi sebanyak 13,060, sekaligus memberi kemenangan selesa dengan majoriti 10,945 undi.
Seorang lagi calon bebas, S.Shantarasekaran pula mendapat 276 undi.